Memaparkan catatan dengan label analisis wacana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label analisis wacana. Papar semua catatan

Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Pendekatan Analisis Wacana

Pra-Andaian

(Tindak balas pemikiran sebelum berhujah)

Emosi

(perasaan yang wujud akibat rangsangan)

Nilai dan Budaya

(sesuatu kesan yang dinilai berdasarkan pendidikan)

Bahasa

(analisis dan penggunaan bahasa)

Inferens

(penegasan untuk menegaskan idea)

1.     Intuisi

Memahami sesuatu tanpa proses pemikiran secara mendalam

2.     Konteks

Menganalisis sesuatu melalui proses berikut:

a.      Penerimaan / Penafian

b.      Keperluan

c.      Perujukan

d.      Anafora

e.      Pengulangan

f.       Kekaburan

g.      Penegasan

1.     Positif

2.     Negatif

3.     Emosi Bercampur

1.     Perangai

2.     Personaliti

3.     Mood

4.     Motivasi

1.     Diri

2.     Masyarakat

3.     Adat

a.     Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

b.     Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

c.     Hormat menghormati, Kerjasama, semangat bermasyarakat

d.     Keadilan, kebebasan, rasional

1.     Bahasa pertama, kedua, ketiga

2.     Formal, tidak formal

3.     Kesalahan bahasa

4.     Linguistik

1.     Rumusan keseluruhan

2.     Rumusan topik perbincangan

3.     Penutup kata

Pendekatan analisis wacana terbahagi kepada lima elemen iaitu pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa, dan inferens. Penggunaan setiap elemen dapat diterangkan melalui interaksi dalam teks.

    Elemen pertama ialah pra-andaian. Pra-andaian ialah proses tindak balas sebelum bermula hujah. Selain itu, pra-andaian dikategorikan kepada dua iaitu intuisi atau gerak hati dan konteks. intuisi ialah kemampuan memahami sesuatu tanpa menganalisis dengan mendalam manakala konteks sesuatu dianalisis melalui beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut ialah penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan. 

    Elemen kedua ialah emosi. Emosi ialah tindak balas perasaan akibat daripada rangsangan. Namun begitu, emosi dianalisis sama ada emosi tersebut positif, negatif atau perasaan bercampur.Seterusnya,emosi akan dilihat melalui perangai seseorang, personaliti, mood dan motivasi diri mereka.

    Elemen ketiga ialah nilai dan budaya.Nilai dan budaya berkait rapat dengan falsafah pendidikan. Sesuatu perbuatan atau siat manusia dikategorikan kepada tiga nilai iaitu nilai diri, nilai masyarakat dan nilai adat. Sesuatu perbuatan itu dikategorikan sama ada baik hati, berdikari, dan sebagainya mengikut kesesuaian situasi.

    Elemen keempat ialah elemen bahasa. Penggunaan bahasa sangat penting mengikut situasi sama ada situasi formal atau tidak formal. Bahasa mempunyai tiga jenis iaitu bahasa pertama, bahasa kedua dan bahasa ketiga. Penggunaan ketiga-tiga jenis ini berkait dengan situasi pengguna. Namun begitu, terdapat juga kesalahan bahasa digunakan semasa berucap dan menulis. 

    Elemen kelima ialah inferens. Setiap idea dan wacana sangat penting untuk menegaskan idea dan wacana yang disampaikan. Selain itu, rumusan keseluruhan merupakan rumusan untuk merumuskan segala idea dalam sebuah wacana secara menyeluruh. Seterusnya, rumusan topik perbincangan dapat menegaskan sesuatu idea dalam satu topik perbincanga, Akhir sekali, penutup kata merupakan harapan kita tentang sesuatu topik dan idea tersebut.

sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Penerbit UMT Kuala Nerus





Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...