Memaparkan catatan dengan label BBM3410. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BBM3410. Papar semua catatan

Ahad, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-MUDAH-DAHLIA

Ketua - Mardhiatun Najiha binti Zulkifli 201290
Pembantu - Nurul Khairullah bin Amirullah 201807

Sumber Internet


ELEMEN

Mudah

TEMA

Perkahwinan

RUJUKAN

Instagram

 https://www.instagram.com/wsvs.co/

HURAIAN

Gambar jelas menunjukkan pasangan pengantin di hari perkahwinan. Busana yang dikenakan bewarna putih jenis satin. Pasangan pengantin sedang tersenyum sambil memandang satu sama lain. Tangan pengantin perempuan dihiasi inai merah yang merupakan adat perkahwinan. Latar gambar yang turut bewarna putih tidak menenggelamkan pasangan pengantin di dalam gambar.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Makanan

RUJUKAN

https://www.behance.net/gallery/14775477/Oreo-Nothing-Else-Matter-Print-Advertisement

HURAIAN

Pengiklanan produk makanan (biskut) ini amat mudah untuk kita fahami. Sekumpulan semut lebih memilih biskut itu walaupun terdapat gula-gula yang paling hampir dengan ia. Visual ini jelas menggambarkan biskut itu lebih sedap daripada gula-gula. Iklan yang ingin disampaikan mampu menarik pelanggan untuk membelinya.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Pengiklanan

RUJUKAN

https://images.app.goo.gl/8mDTLYUgqeWL77438

HURAIAN

Mengiklankan sebuah produk minuman. Menggunakan hanya satu tin sahaja bersama dengan logo minuman tersebut. Menggunakan latar warna hitam agak tidak terlalu menonjol dari produk minuman ini.



ELEMEN

Mudah

TEMA

Keperluan Sukan

RUJUKAN

https://www.sunriseclick.com/model/6988/yonex/shoes/power-cushion-eclipsion-z-mens

HURAIAN

Gambar di atas merupakan sepasang kasut yang bersesuaian dengan teman keperluan sukan. Elemen mudah diambil kerana dengan hanya sekali pandang pasti sudah mengetahui bahawa ianya kasut yang merupakan keperluan sukan. Elemen seimbang dan warna juga terdapat dalam gambar ini.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Iklan produk

RUJUKAN

https://menulismenconteng.my/poster-iklan-produk/

HURAIAN

Gambar diatas merupakan satu elemen mudah. Hal ini kerana gambar tersebut mudah didefinisikan dan difahami oleh penglihatan seseorang. Gambar diatas merupakan gambar produk “Yakult” dalam sebuah iklan. Seseorang yang melihat foto itu akan terus memahami gambar itu merupakan satu produk yang dijual oleh sebuah syarikat. Mesej yang ingin disampaikan juga mudah difahami iaitu produk tersebut baik untuk usus manusia berdasarkan tulisan.

 




ELEMEN

Mudah

TEMA

Kenderaan

RUJUKAN

 https://freepikpsd.com/basikal-tua-png-transparent-images/525936/

HURAIAN

Foto di atas menunjukkan gambar sebuah basikal tua dengan mempunyai latar belakang yang bertemakan hitam dan putih. Elemen asas grafik yang ingin disampaikan berdasarkan foto ini ialah mudah. Seseorang yang melihat foto tersebut pasti akan faham bahawa foto itu menggambarkan sebuah basikal tua. Jadi, gambar ini dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan.





ELEMEN

Mudah

TEMA

Bunga

RUJUKAN

http://neba2020.blogspot.com/2016/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html

HURAIAN

Foto ini jelas memaparkan bunga iaitu bunga raya kerana bunga tersebut seperti watak penting dalam foto. Apabila melihat foto ini, kita sudah dapat mengetahui foto ini lebih memfokuskan kepada bunga raya itu. Warna yang jelas juga turut memudahkan orang ramai untuk fokus dan mengetahui apa mesej yang ingin disampaikan.





ELEMEN

Mudah

TEMA

Kenderaan

RUJUKAN

https://www.pinterest.com/pin/765823111605026468/?d=t&mt=login  

HURAIAN

Berdasarkan gambar diatas, lambang H merupakan salah satu lambang kenderaan mewah yang digunakan oleh seseorang. Penggunaan lambang H ini dapat membuatkan seseorang dapat meneka dengan jelas bahawa lambang tersebut ialah lambang kenderaan mewah dan lambang ini dapat membezakan dengan jenis kenderaan lain.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Masa

RUJUKAN

http://my.wallclock-parts.com/news/alarm-clock-17767184.html

HURAIAN

Berdasarkan gambar di atas, tema yang ingin disampaikan adalah gambar yang berbentuk jam loceng berwarna merah dan warna nombor yang digunakan juga sesuai iaitu berwarna putih. Melihat bentuk jam ini, kita dapat mengetahui ianya mudah untuk dikenalpasti dan sangat ringkas kerana tidak terlalu banyak subjek pada gambar tersebut.

 




ELEMEN

Mudah

TEMA

Vision

RUJUKAN

 https://shopee.com.my/kaca-mata-radiation-glasses-%E3%80%90Ready-Stock%E3%80%91-%E3%80%90Lowest-Price%E3%80%91-spek-mata-Cermin-mata-hitam-pemandu-Ray-Ban-RB3025-cermin-mata-lelaki-retro-toad-mirror-kacamata-polarisasi-kacamata-wanita-i.258473217.3846467582

HURAIAN

Gambar ini menunjukkan sepasang kaca mata. Kata mata berjenama terkenal dari Itali iaitu Ray Ban. Kaca mata ini ditonjolkan dengan warna biru kelabu. Kaca mata ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Kekeluargaan

RUJUKAN

https://www.pinterest.com/

HURAIAN

Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema kekeluargaan. Dengan berlandaskan tema juru gambar telah memuatkan sebuah keluarga di dalam potretnya. Oleh itu, mesej yang cuba disampaikan oleh juru gambar lebih mudah difahami khalayak.




Sumber Sendiri




ELEMEN

Mudah

TEMA

Haiwan

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Kucing di dalam gambar bersaiz kecil. Gambar jelas menunjukkan lima ekor anak kucing sedang tidur. Kucing di dalam gambar itu bukan kucing dewasa. Jumlah anak kucing itu dapat dipastikan kerana latar gambar yang bewarna pudar iaitu kontra dengan warna bulu anak-anak kucing tersebut.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Kanak-kanak

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Gambaran ini mudah untuk kita fahami di mana memaparkan seorang kanak-kanak berada di atas jalan tar berseorangan. Kanak-kanak itu memakai baju tiada lengan berseluar pendek gabungan warna hitam dan putih. Ruang atas gambar ini dipenuhi dengan beberapa batang pokok dan terdapat sedikit gambaran langit biru. Maka, gambar ini jelas menggambarkan keberadaan kanak-kanak tersebut.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Makanan

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Gambar tersebut menggambarkan masakan sambal udang dengan petai. Dapat dilihat bahawa udang tersebut masak dengan sambal merah. Dalam sambal udang ini juga dimasukkan sekali dengan petai yang berwarna hijau. Apabila melihat gambar ini kita dapat melihat bahawa sambal udang di masak bersama petai. Warnanya pula dapat dilihat dengan jelas iaitu berwarna merah dan hijau.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Memancing

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Terdapat beberapa elemen yang terdapat dalam gambar tersebut.  Elemen yang dimaksudkan antaranya ialah kesesuaian dan mudah. Gambar tersebut mempunyai kesesuaian dengan tema kerana keadaan sekeliling tetapi lebih diberi penekanan kepada mudah. Ikan yang diletak di hadapan gambar akan menjadi tumpuan utama dan mudah diketahui.

 



ELEMEN

Mudah

TEMA

Suasana senja

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Berdasarkan gambar di atas tema yang ingin disampaikan ialah suasana waktu senja. Dengan berlandaskan tema grafik diambil pada waktu matahari terbenam. Perkara ini membolehkan individu yang melihat grafik ini mengetahui bahawa waktu tersebut adalah senja. Maka mesej dapat disampaikan dengan sempurna.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Kanak-kanak dan sukan

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Foto ini memenuhi elemen mudah, di mana foto ini jelas menggambarkan seorang kanak-kanak sedang bermain bola. Seseorang yang melihat foto ini akan memahami maksud dan tema yang ingin disampaikan. Foto ini juga, dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Malah, mesej atau maksud dari gambar ini juga dapat difahami dengan mudah.




ELEMEN

Mudah

TEMA

Minuman

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Gambar ini memberatkan kepada elemen mudah. Hal ini kerana ia terus memperlihatkan apa yang dikehendaki tanpa perlu berfikir secara mendalam dan masa yang lama. Dalam gambar itu jelas memperlihatkan itu ialah minuman dan turut memaparkan jenama minuman tersebut. Oleh itu, kekeliruan tidak akan terjadi apabila melihat gambar itu.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Minuman

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Berdasarkan gambar yang diambil, jenama “Bleu” merupakan jenama air mineral semulajadi yang diminum oleh semua orang. Sebagai contoh, apabila seseorang individu melihat jenama tersebut, mereka dapat mengetahui dan berfikir bahawa air minuman itu berjenama “Blue”. Audiens juga akan terus mengetahui bahawa ia sejenis air minuman tanpa perlu berfikir panjang. Oleh itu, gambar ini mudah difahami.





ELEMEN

Mudah

TEMA

Haiwan

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Gambar ini menunjukkan seekor kucing yang berwarna putih sedang duduk santai di atas meja.  Dalam gambar ini kelihatan kucing ini mempunyai tuan kerana di leher kucing tersebut mempunyai kalung. Gambar ini kelihatan mudah kerana dengan cepat kita dapat mengenal pasti subjek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Oleh itu, grafik ini dikatakan melengkapi elemen mudah.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Masa

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Foto ini diambil secara dekat untuk memfokuskan jam tangan yang dipakai oleh seseorang. Seseorang melihat foto ini akan segera tahu bahawa foto ini ialah seutas jam tangan.  Warna yang digunakan juga tidak terlalu banyak. Perkara ini membolehkan seseorang tidak hilang fokus ketika melihat gambar tersebut.

 





ELEMEN

Mudah

TEMA

Pandemik

RUJUKAN

Sendiri

HURAIAN

Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema pandemik. Dengan berlandaskan tema, juru gambar telah mementingkan latar yang sesuai agar mesej dapat disampaikan. Contohnya, pemakaian pelitup muka dapat mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian mesej. Oleh itu, gambar ini mudah difahami oleh audiens.


Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...