ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Perkahwinan |
RUJUKAN |
Instagram |
HURAIAN |
Gambar jelas menunjukkan
pasangan pengantin di hari perkahwinan. Busana yang dikenakan bewarna putih
jenis satin. Pasangan pengantin sedang tersenyum sambil memandang satu sama
lain. Tangan pengantin perempuan dihiasi inai merah yang merupakan adat
perkahwinan. Latar gambar yang turut bewarna putih tidak menenggelamkan
pasangan pengantin di dalam gambar. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Makanan |
RUJUKAN |
https://www.behance.net/gallery/14775477/Oreo-Nothing-Else-Matter-Print-Advertisement
|
HURAIAN |
Pengiklanan produk makanan
(biskut) ini amat mudah untuk kita fahami. Sekumpulan semut lebih memilih
biskut itu walaupun terdapat gula-gula yang paling hampir dengan ia. Visual
ini jelas menggambarkan biskut itu lebih sedap daripada gula-gula. Iklan yang
ingin disampaikan mampu menarik pelanggan untuk membelinya. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Pengiklanan |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Mengiklankan sebuah produk
minuman. Menggunakan hanya satu tin sahaja bersama dengan logo minuman
tersebut. Menggunakan latar warna hitam agak tidak terlalu menonjol dari
produk minuman ini. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Keperluan Sukan |
RUJUKAN |
https://www.sunriseclick.com/model/6988/yonex/shoes/power-cushion-eclipsion-z-mens |
HURAIAN |
Gambar di atas merupakan
sepasang kasut yang bersesuaian dengan teman keperluan sukan. Elemen mudah
diambil kerana dengan hanya sekali pandang pasti sudah mengetahui bahawa
ianya kasut yang merupakan keperluan sukan. Elemen seimbang dan warna juga
terdapat dalam gambar ini. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Iklan produk |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Gambar diatas merupakan
satu elemen mudah. Hal ini kerana gambar tersebut mudah didefinisikan dan
difahami oleh penglihatan seseorang. Gambar diatas merupakan gambar produk “Yakult”
dalam sebuah iklan. Seseorang yang melihat foto itu akan terus memahami
gambar itu merupakan satu produk yang dijual oleh sebuah syarikat. Mesej yang
ingin disampaikan juga mudah difahami iaitu produk tersebut baik untuk usus
manusia berdasarkan tulisan.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kenderaan |
RUJUKAN |
https://freepikpsd.com/basikal-tua-png-transparent-images/525936/
|
HURAIAN |
Foto di atas menunjukkan
gambar sebuah basikal tua dengan mempunyai latar belakang yang bertemakan hitam
dan putih. Elemen asas grafik yang ingin disampaikan berdasarkan foto ini
ialah mudah. Seseorang yang melihat foto tersebut pasti akan faham bahawa
foto itu menggambarkan sebuah basikal tua. Jadi, gambar ini dapat difahami
dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Bunga |
RUJUKAN |
http://neba2020.blogspot.com/2016/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html |
HURAIAN |
Foto ini jelas memaparkan bunga iaitu bunga raya kerana bunga
tersebut seperti watak penting dalam foto. Apabila melihat foto ini, kita
sudah dapat mengetahui foto ini lebih memfokuskan kepada bunga raya itu.
Warna yang jelas juga turut memudahkan orang ramai untuk fokus dan mengetahui
apa mesej yang ingin disampaikan. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kenderaan |
RUJUKAN |
https://www.pinterest.com/pin/765823111605026468/?d=t&mt=login |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar diatas,
lambang H merupakan salah satu lambang kenderaan mewah yang digunakan oleh
seseorang. Penggunaan lambang H ini dapat membuatkan seseorang dapat meneka
dengan jelas bahawa lambang tersebut ialah lambang kenderaan mewah dan
lambang ini dapat membezakan dengan jenis kenderaan lain.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Masa |
RUJUKAN |
http://my.wallclock-parts.com/news/alarm-clock-17767184.html |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar di atas, tema yang ingin disampaikan adalah
gambar yang berbentuk jam loceng berwarna merah dan warna nombor yang
digunakan juga sesuai iaitu berwarna putih. Melihat bentuk jam ini, kita
dapat mengetahui ianya mudah untuk dikenalpasti dan sangat ringkas kerana tidak
terlalu banyak subjek pada gambar tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Vision |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Gambar ini menunjukkan sepasang kaca mata. Kata mata berjenama
terkenal dari Itali iaitu Ray Ban. Kaca mata ini ditonjolkan dengan warna
biru kelabu. Kaca mata ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kekeluargaan |
RUJUKAN |
|
HURAIAN |
Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema
kekeluargaan. Dengan berlandaskan tema juru gambar telah memuatkan sebuah
keluarga di dalam potretnya. Oleh itu, mesej yang cuba disampaikan oleh juru
gambar lebih mudah difahami khalayak. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Haiwan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Kucing di dalam gambar
bersaiz kecil. Gambar jelas menunjukkan lima ekor anak kucing sedang tidur.
Kucing di dalam gambar itu bukan kucing dewasa. Jumlah anak kucing itu dapat
dipastikan kerana latar gambar yang bewarna pudar iaitu kontra dengan warna
bulu anak-anak kucing tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kanak-kanak |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambaran ini mudah untuk
kita fahami di mana memaparkan seorang kanak-kanak berada di atas jalan tar
berseorangan. Kanak-kanak itu memakai baju tiada lengan berseluar pendek
gabungan warna hitam dan putih. Ruang atas gambar ini dipenuhi dengan
beberapa batang pokok dan terdapat sedikit gambaran langit biru. Maka, gambar
ini jelas menggambarkan keberadaan kanak-kanak tersebut. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Makanan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar tersebut
menggambarkan masakan sambal udang dengan petai. Dapat dilihat bahawa udang
tersebut masak dengan sambal merah. Dalam sambal udang ini juga dimasukkan
sekali dengan petai yang berwarna hijau. Apabila melihat gambar ini kita
dapat melihat bahawa sambal udang di masak bersama petai. Warnanya pula dapat
dilihat dengan jelas iaitu berwarna merah dan hijau. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Memancing |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Terdapat beberapa elemen
yang terdapat dalam gambar tersebut.
Elemen yang dimaksudkan antaranya ialah kesesuaian dan mudah. Gambar
tersebut mempunyai kesesuaian dengan tema kerana keadaan sekeliling tetapi
lebih diberi penekanan kepada mudah. Ikan yang diletak di hadapan gambar akan
menjadi tumpuan utama dan mudah diketahui.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Suasana senja |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar di atas
tema yang ingin disampaikan ialah suasana waktu senja. Dengan berlandaskan
tema grafik diambil pada waktu matahari terbenam. Perkara ini membolehkan
individu yang melihat grafik ini mengetahui bahawa waktu tersebut adalah
senja. Maka mesej dapat disampaikan dengan sempurna. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Kanak-kanak dan sukan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Foto ini memenuhi elemen mudah, di mana foto ini jelas menggambarkan
seorang kanak-kanak sedang bermain bola. Seseorang yang melihat foto ini akan
memahami maksud dan tema yang ingin disampaikan. Foto ini juga, dapat
difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Malah, mesej atau maksud
dari gambar ini juga dapat difahami dengan mudah. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Minuman |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar ini memberatkan
kepada elemen mudah. Hal ini kerana ia terus memperlihatkan apa yang
dikehendaki tanpa perlu berfikir secara mendalam dan masa yang lama. Dalam
gambar itu jelas memperlihatkan itu ialah minuman dan turut memaparkan jenama
minuman tersebut. Oleh itu, kekeliruan tidak akan terjadi apabila melihat
gambar itu.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Minuman |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar yang
diambil, jenama “Bleu” merupakan jenama air mineral semulajadi yang diminum
oleh semua orang. Sebagai contoh, apabila seseorang individu melihat jenama
tersebut, mereka dapat mengetahui dan berfikir bahawa air minuman itu
berjenama “Blue”. Audiens juga akan terus mengetahui bahawa ia sejenis air
minuman tanpa perlu berfikir panjang. Oleh itu, gambar ini mudah difahami. |
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Haiwan |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Gambar ini menunjukkan seekor kucing yang berwarna putih sedang
duduk santai di atas meja. Dalam
gambar ini kelihatan kucing ini mempunyai tuan kerana di leher kucing
tersebut mempunyai kalung. Gambar ini kelihatan mudah kerana dengan cepat
kita dapat mengenal pasti subjek yang terdapat di dalam gambar tersebut. Oleh
itu, grafik ini dikatakan melengkapi elemen mudah.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Masa |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Foto ini diambil secara dekat untuk memfokuskan jam tangan yang
dipakai oleh seseorang. Seseorang melihat foto ini akan segera tahu bahawa
foto ini ialah seutas jam tangan. Warna yang digunakan juga tidak terlalu
banyak. Perkara ini membolehkan seseorang tidak hilang fokus ketika melihat
gambar tersebut.
|
ELEMEN |
Mudah |
TEMA |
Pandemik |
RUJUKAN |
Sendiri |
HURAIAN |
Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema
pandemik. Dengan berlandaskan tema, juru gambar telah mementingkan latar yang
sesuai agar mesej dapat disampaikan. Contohnya, pemakaian pelitup muka dapat
mengelakkan kekeliruan dalam penyampaian mesej. Oleh itu, gambar ini mudah
difahami oleh audiens. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan