Banner atau Bunting
Posisi kasut:
Kedudukan kasut kelihatan seimbang dan saiz
kasut dalam pengiklanan ini tidak telalu besar sehingga menutupi elemen lain
dalam banner tersebut.
Latar belakang elemen batu-bata:
Pemilihan latar belakang ini adalah untuk
mengurang kan penggunaan warna kelabu yang terlalu banyak dan memasukkan
sedikit warna yang sedikit gelap untuk menonjolkan warna latar teks yang
menggunakan bahasa Inggeris kelihatan menjadi lebih estetik.
Penggunaan bahasa Inggeris:
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengiklanan
ini adalah kerana target jualan ini bukan hanya tertumpu kepada orang tempatan sahaja.
Laman sesawang:
Kedudukan aplikasi-aplikasi tersebut yang
berada di sudut kanan bawah sesuai
kerana tidak mengganggu tujuan utama pengiklanan
ini dilakukan. Selain itu saiz dan font yang digunakan juga tidak
terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
Latar belakang warna kelabu
Latar belakang
ini dipilih kerana dapat menonjolkan lagi kasut serta ingin memfokuskan
kedudukan kasut tersebut.
Jenis bahan bunting
Bunting yang akan disediakan adalah berbentuk segi empat
dan bahan yang akan digunakan untuk bunting tersebut ialah daripada jenis
polivinil klorida (PVC) iaitu sejenis plastik yang diklasifikasikan sebagai
bahan yang sangat tahan lama (sesuai digunakan untuk promosi luar) dan tidak
mudah koyak.
Pamphlet
Posisi Kasut
Kasut yang akan dihasilkan akan diletakkan dibahagian tengah gambar
(center) supaya menjadi daya tarikan utama. Jenama juga diletakkan dibahagian
tengah gambar. Ini kerana pembeli semestinya akan memandang jenama terlebih
dahulu sebelum membeli terutamanya bagi peminat jenama Eleven11.
Slogan
Slogan
bagi jenama ini diletakkan juga dibahagian atas supaya pembeli akan melihat
syarikat kasut ini mempunyai pegangan tersendiri. Bagi pemilihan warna tulisan
mengikut warna tema kasut iaitu merah hitam.
Latar Belakang
Latar belakang (background) pamphlet adalah bertemakan ‘galaksi’ kerana
dapat menyerlahkan kasut serta dapat menarik minat pembeli . Malah kasut ini
juga direka dengan rekaan sedemikian maka sesuai dengan latar yang disediakan.
Laman Sesawang
Kedudukan website atau laman sesawang bagi syarikat ini berada di
sudut kanan bawah sesuai kerana tidak
mengganggu tujuan utama pengiklanan ini dilakukan dalam masa yang sama
memberikan pembaca mudah untuk mencari rujukan syarikat. Selain itu saiz dan
font yang digunakan juga tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
Poster
Warna
Latar belakang yang
gelap iaitu hitam dan sedikit oren dilihat mampu untuk menaikkan gambar kasut
didalam poster. Selain itu, warna kuning seakan-akan percikan api di belakang
kasut dilihat bersesuai dengan latar belakang yang digunakan.
Motto dan Slogan
Motto atau slogan produk ditulis dengan besar agar mesej yang ingin disampaikan kepada audien dapat disampaikan dengan baik dan jelas.
Font
Jenis font yang digunakan sangat sesuai. Saiz font juga besar agar tulisan
lebih jelas dan dapat dilihat dengan jelas oleh audiens. Warna font juga
bersesuaian dengan latar poster. Warna yang dipilih dapat dilihat kerana lebih
menonjol daripada latar belakang.
Jenama
Jenama juga diletakkan dalam poster supaya audiens mengetahui dengan jelas
syarikat yang keluarkan produk tersebut. Nama dan logo jenama diletakkan di
bahagian tengah atas supaya audiens jelas.
Susunan dan Isi
Susunan yang digunakan dalam poster sangat baik dan tidak terlalu rumit. Hanya beberapa elemen yang digunakan. Oleh itu, poster tidak terlihat padat dengan pelbagai isi. Perkara ini menyebabkan poster tersebut mudah difahami kerana poster tersebut ringkas dan berkesan.
Gambar/Foto
1. Posisi Kasut
Kedudukan kasut diletakkan pada bahagian tengah gambar. Hal ini bertujuan untuk memastikan gambar kasut tersebut menjadi tarikan atau mesej utama kepada pelanggan. Saiz kasut dalam gambar ini juga agak besar dan mampu menarik minat sesiapa yang melihatnya.
2. Warna latar belakang & warna kasut
Warna latar belakang yang digunakan dalam gambar ini ialah kelabu gelap. Warna kelabu gelap dipilih supaya bersesuaian dengan gambar kasut yang bewarna putih. Pemilihan warna kelabu gelap sebagai latar belakang membuatkan gambar kasut kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pemilihan warna kasut juga penting untuk memastikan sesuatu gambar itu mampu menarik minat pelanggan. Jadi, warna putih merupakan gabungan yang sesuai dengan warna latar iaitu kelabu gelap.
3. Elemen teks
Elemen teks digunakan untuk menjelaskan lagi gambar dan menjadi elemen penerangan kepada grafik. Saiz fon yang digunakan tidak terlalu kecil dan juga bersesuaian dengan gambar tersebut. Warna putih dipilih supaya elemen teks akan menyerlah. Penggunaan teks yang bersesuaian dari segi saiz dan warna dapat membantu menyampaikan mesej dengan baik. Penggunaan kotak yang bewarna merah di sekeliling bertujuan untuk menaikkan dan meyerlahkan lagi penggunaan elemen teks yang terdapat di dalam gambar.
4. Logo
Penggunaan logo sangat penting supaya
seseorang yang melihat foto atau gambar tersebut dapat mengenali sesuatu produk
atau perniagaan. Penggunaan logo dalam gambar ini juga berperanan sebagai
identiti dan mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk atau perniagaan.
Penggunaan logo mestilah menarik dan tidak terlalu berat. logo yang terdapat
dalam gambar tersebut tersebut mampu menjadi ingatan jenama perniagaan kepada
pelanggan.
Billboard
1.
Jenama
Kedudukan
jenama kasut diletakkan di tengah-tengah bagi menonjolkan jenama kasut
tersebut. Di samping itu, kedudukan jenama tersebut dapat memudahkan pelanggan mengetahui
jenama kasut tersebut. Jenama kasut dipaparkan bagi menarik minat pelanggan
untuk cuba mencari info tentang kasut tersebut atau melihat penilaian tentang
syarikat kasut tersebut berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pelanggan
mereka.
2.
Teks dimasukkan
bagi menarik perhatian pelanggan. Saiz teks dibesarkan bagi memudahkan
penglihatan pelanggan untuk membacanya. Jenis font pula yang mudah dibaca
walaupun sekilas pandang sahaja. Warna font pula menggunakan warna font yang
sedikit terang tetapi masih dalam kategori warna pastel. Ia sesuai digunakan
untuk menarik perhatian pelanggan. Teks yang digunakan tidak terlalu berat
untuk difahami dan juga bukan sahaja memfokuskan masyarakat tempatan malah ia
juga fokuskan kepada penduduk warga asing. Malah teks digunakan tersebut
sebagai ayat pemujuk kepada pelanggan untuk membelinya.
3.
Menggunakan
warna latar berwarna gelap bagi menimbulkan teks dan gambar kasut yang
digunakan. Berdasarkan pada pemilihan warna latar hanya menggunakan satu warna
sahaja. Ini kerana untuk tidak terlalu fokuskan kepada penggunaan warna latar. Warna
biru dipilih kerana warna biru merupakan warna yang tenang. Pelanggan akan
senang untuk membaca teks atau melihat gambar yang dipaparkan kerana mereka
tidak perlu untuk lebih fokus pada warna latar. Faktor pemilihan warna latar
berdasarkan warna kasut dan juga elemen teks yang dimasukkan.
4.
Posisi kasut
pula diletakkan ditengah-tengah untuk seimbangkan teks yang berada di kiri dan
kanan kasut. Selain itu, kedudukannya strategi kerana pelanggan boleh melihat
terus tanpa perlu membaca teks sahaja pembaca sudah mengetahui bahawa iklan
tersebut adalah iklan kasut. Warna pada kasut tersebut yang berwarna merah dan
bertali hitam itu amat sesuai di posisi itu.
5.
Slogan syarikat
kasut diletakkan dibawa untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa slogan itu
merupakan slogan kepada syarikat kasut. Slogan ini akan membuatkan pelanggan
tertarik untuk membelinya. Kedudukan slogan di bawah bagi memudahkan pelanggan
membacanya kelihatan akan tersusun sahaja.
Video
Bahagian 1 (Saat 0-11) : Rakaman model berjalan memakai
kasut
Tujuan : memfokuskan fungsi kasut tersebut dan bagaimana ia kelihatan apabila dipakai
Untuk memberi gambaran kepada audiens/pengguna
Bahagian 2 (Saat 12-20): Rakaman jarak dekat (zoom in) pada kasut yang dipakai model
Tujuan : memfokuskan fitur-fitur dan reka bntuk kasut tersebut
Supaya audiens dapat melihatnya dengan lebih dekat dan jelas
Bahagian 3 (Saat 21-23) : Rakaman kasut yang dipakai oleh model dari jarak jauh bersama jenama kasut
Tujuan : untuk memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut
Jarak dan sudut rakaman kasut tersebut pada ketika ini adalah sedikit jauh kerana kasut bukan fokus utama tetapi masih di dalam konteks
Oleh kerana fokus utama bahagian ini ialah jenama kasut, logo “ELEVE11” diletakkan dengan saiz yang besar di sebelah kanan kasut.
Pemilihan posisi jenama juga penting dan ia diletakkan di sebelah kanan agar menampakkan keseimbangan dalam grafik tersebut
Rakaman kasut di posisi tertentu juga dibekukan beberapa saat agar audiens dapat melihat dengan jelas dan faham bahawa apa yang ingin disampaikan adalah kasut dan jenamanya – bersesuaian – bukan jenama beg, jenama kereta tetapi jenama kasut
Bahagian 4 (Saat 23-25) : Slogan jenama/syarikat kasut
Tujuan : untuk menarik perhatian audiens
“Every shoe has a story” merupakan slogan pilihan syarikat/jenama “ELEVE11”
Pemilihan warna-warna utama untuk keseluruhan skrin di bahagian ini adalah hitam, putih dan merah – cuma 3 warna agar ringan dan senang apabila dipandang
Pilihan warna putih pada teks “EVERY SHOE HAS A” adalah kontra dengan warna latar belakang, iaitu hitam. Dengan ini, teks tersebut akan kelihatan lebih menonjol dan jelas
Pilihan warna merah pada teks “STORY” menunjukkan bahawa perkataan ini ingin ditekankan kepada audiens untuk memujuk audiens mencipta cerita sendiri melalui kasut tersebut – dapatkan dan alami secara sendiri – beli dan pakai
Logo ringkas syarikat/jenama juga diletakkan untuk lagi sekali memaklumkan kepada audiens tentang jenama kasut tersebut.
Logo tersebut juga dipilih untuk diletakkan pada bahagian atas kiri agar mendapatkan keseimbangan di dalam grafik tersebut yang mana dibahagian bawah kanan terletaknya teks “STORY”
Pemilihan latar
Latar belakang
Pilihan latar belakang yang dicadangkan semasa membuat rakaman ialah bertemakan ’outdoor’ supaya bersesuaian dengan fungsi kasut yang dipakai untuk berjalan, melakukan aktiviti kasual
Muzik latar
Muzik yang dicadangkan ialah muzik yang rancak, suspens dan menarik – agar audiens tidak mudah bosan menonton iklan tersebut dan ingin terus menonton untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Durasi video
Durasi video adalah selama 25 saat sahaja – durasi video yang di bawah 30 saat boleh dikatakan durasi yang ideal – ianya cuma video ringkas dan tidak akan menggunakan banyak waktu audiens untuk menonton iklan ini tetapi masih mengandungi informasi-informasi tentang kasut
Info harga
Harga kasut tidak dimasukkan di dalam video. Hal ini kerana, fokus utama video ini adalah untuk memaklumkan tentang kasut yang baru sahaja dikeluarkan oleh syarikat kepada audiens – bagaimana rupa bentuk kasut
Kehadiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan