Isnin, 5 April 2021

BBM3410-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-DAHLIA

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Selangor: Penerbit UPM.

Ketua - Mohd Azizul bin Asri 204110

Pembantu - Nur Ewana Fatini binti Zulkefli 203305


INTERNET


Elemen: Keseimbangan

Tema: Haiwan

Rujukan:https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/

Huraian: Gambar jelas menunjukkan singa yang merupakan sejenis haiwan. Singa tersebut merupakan singa jantan dewasa. Singa itu sedang berehat di kawasan rumput. Rumput hijau kekuning-kuningan yang meneduhkan permukaan bumi dan pokok akasia menunjukkan tempat itu adalah kawasan savana. Warna biru langit seimbang dengan warna rumput tersebut.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Perubahan Iklim

Rujukan: https://www.greeneuropeanjournal.eu/

Huraian: Foto ini menggunakan latar belakang berwarna hijau. Keseimbangan yang dipaparkan amat baik di mana subjek berada bahagian tengah. Terdapat dua logo iaitu di bahagian sudut kiri atas dan kanan bawah. Penambahan teks di bahagian tengah bawah menyeimbangkan lagi visual ini.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Suasana kampung

Rujukan: https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodge

Huraian: Ruang sebelah kiri gambar terdapat sebuah rumah kampung seimbang dengan tiga orang petani di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang kelihatan hampir senja manakala di sebelah bawah gambar pula menunjukkan sawah padi yang menghijau. Maka jelaslah, gambar ini menepati elemen asas grafik iaitu seimbang.




Elemen: keseimbangan

Tema  : ketenangan

Rujukan: https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp

Huraian: Keseimbangan di dalam gambar di atas dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri gambar. Di kanan gambar terisi dengan bot dan individu yang sedang mengambil gambar permandangan di kawasan tersebut. Manakala, di bahagian kiri pula ditampilkan air terjun, buih putih dan langit yang memainkan peranan dalam menyeimbangkan gambar ini. Oleh itu, keseimbangan antara ruangan kiri dan kanan dipenuhi dengan baik.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Poster Movie

Rujukan: https://www.imdb.com/title/tt12882620/

Huraian: Poster diatas dilihst memenuhi ciri kesimbangan kerana ruang kiri dan kanan gambar dilihat sama besar. Perkara ini membuatkan warna yang digunakan disisi kiri dan kanan seimbang.  Warna merah dalam poster dilihat seimbang dengan warna biru di sebelah kanan poster tersebut. Warna yang dipilih juga dapat menonjolkan grafik tersebut.




Element: Keseimbangan

Tema: Rumah ibadat

Rujukan: https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1

Huraian: Gambar di atas mempunyai sisi kiri dan kanan yang seimbang. Walaupun mempunyai element mudah untuk mengenali gambar tersebut, tetapi keseimbangan pasti yang akan menjadi tarikan utama kepada yang melihat. Bahagian atas dan bawah gambar juga jelas terdapat keseimbangan kerana ruang yang sama luas. Objek dalam gambar tersebut berada tepat pada bahagian tengah.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Restoran

Rujukan: https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/

Huraian: Poster restoran ini menunjukkan keseimbangan di mana logo restoran lebih memberatkan di bahagian kiri dan nama restoran dan motto yang berbentuk teks lebih memberatkan di bahagian kanan. Pemberatan yang sama rata yang memenuhi poster itu telah menjadikan ia seimbang kerana setiap ruang digunakan dengan sepenuhnya.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam sekitar

Rujukan: https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, terdapat sebuah tasik yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang rimbun. Malah terlihat juga di sekeliling tepi tasik tersebut ditumbuhi rumput-rumput yang menghijau yang dapat menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut. Tambahan pula, ruang atas menunjukkan keadaan awan yang membiru dan gunung-gunung yang berada dihujung bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik tersebut ‘hidup’. Maka jelaslah bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan gambar diatas dapat menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di bahagian bawah.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Semulajadi

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat yang dipenuhi dengan batu-batuan semula jadi. Ditengah-tengah gambar tersebut dihasilkan sebuah cahaya daripada matahari yang menembus masuk ke ruangan tersebut. Ianya membuat kan gambar yang telah diambil ini menjadi lebih seimbang.




Elemen: Keseimbangan 

Tema: Pemandangan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7

Huraian: Pemandangan di pinggir laut yang terdapat beberapa bangunan yang tinggi dan rendah. Sepenuhnya ruang digunakan. Ruang di sudut kanan menunjukkan pembangunan sebuah bandar dan di ruang kiri sebelah bawah gambaran lautan manakala di bahagian atas pula menunjukkan gambar langit yang sama keluasannya dengan bangunan dan lautan. Warna yang digunakan dalam gambar berwarna lembut yang mengambarkan gambar tersebut diambil pada waktu petang.





Elemen: Keseimbangan

Tema: Busana

Rujukan:

https://www.pinterest.com/

Huraian:

Tema yang disampaikan merupakan busana. Pakaian yang dipakai oleh model merupakan fokus utama grafik. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar membenarkan penonton melihat pakaian tersebut secara teliti. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut dapat memaparkan latar yang bersesuaian tema busana itu


SENDIRI



Elemen : Keseimbangan

Tema: Kegembiraan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tiga sekawan bergurau-senda di pinggir tanjung. Senyuman pada wajah mereka menunjukkan perasaan gembira. Warna langit yang biru, hijau daun pokok yang jauh daripada kawasan gambar diambil berserta air laut yang jernih menghasilkan gambar yang indah. Gambar menunjukkan kegembiraan tiga sekawan yang terpateri secara spontan kerana mata mereka tidak fokus pada lensa kamera.




 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Semula Jadi Atin

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambar pemandangan ini meliputi langit, tasik, rumput, pokok, bukit dan air pancut. Ruang kiri terdapat sebatang pokok dan daunan pokok di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat langit yang luas  berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat tasik yang luas juga. Maka, keseimbangan yang digambarkan amat jelas kerana setiap objek terletak pada posisinya dan saling berkaitan.




Elemen : Keseimbangan

Tema: Keluarga (hanis)

Rujukan : Sendiri

Huraian: Foto menunjukkan beberapa orang sedang bergambar diruang sebelah kiri dan kanan gambar. Maka, kedudukan di sebelah kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Di sebelah atas pula menggambarkan pokok – pokok yang menghijau manakala di sebelah bawah gambar pula menggambarkan air sungai yang jernih. Jelaslah, kedudukan gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah adalah seimbang.

 



Elemen: keseimbangan     

Tema: potrait - metropolitan / moden

Rujukan : Sendiri

Huraian: Berdasarkan foto di atas, keseimbangan grafik ini dapat dilihat melalui kedudukan ring light dan model tersebut yang berada di ruang tengah foto. Sisi kiri dan kanan serta sisi atas dan bawah foto kelihatan seimbang apabila diukur dari ring light tersebut.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Kolejku

Rujukan : Sendiri

Huraian: Dengan merujuk kepada gambar diatas, grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada kedudukan sisi kiri dan kanan yang mempunyai ukuran yang sama. selain itu, atas kedudukan atas dah bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan keseimbangan. Perkara ini membuatkan grafik yang diambil kelihatan menarik dan seimbang.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Animasi

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambaran di atas menunjukkan keseimbangan dengan menggunakan ruang yang disediakan dengan sepenuhnya bagi memeriahkan lagi dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di bahagian atas secara melengkung dan meletakkan gambar kek dan kartun di bawah teks itu yang menyebabkan ruang antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan kanan kad itu diletakkan dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu. Oleh itu, dengan keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik dan menarik. 




Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan : Sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, menunjukkan pemandangan di atas jalan raya dimana ruang kiri dan kanan jalan raya tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Manakala awan diatas kelihatan berwarna biru dan sedikit berwarna keputihan. Ini jelaslah bahawa dengan semua gabungan ruang dan warna yang ada membuatkan gambar ini kelihatan seimbang.





Elemen: Keseimbangan

Tema: Kekeluargaan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar diatas menunjukkan pelajar mengambil gambar sekelas bersama guru-gurunya di suatu tempat yang sesuai dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Susunan pelajar juga seimbang di kiri dan kanan dan ianya menyebabkan gambar tersebut kelihatan lebih seimbang.




Elemen: Keseimbangan 

Tema: Percutian

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambar diambil seimbang menampakkan semua pemandangan yang ada. Pokok yang berada di sebelah kanan dan di kiri pula terdapat aliran air sungai serta bahagian atas pula gambaran awam yang mendung dan jambatan kecil pada bahagian bawah. Penataan warna yang pula tidak terlalu banyak. Kedua-dua pelancong tersebut menggunakan warna pakaian yang sama sahaja iaitu tertemakan warna biru.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Flora dan fauna

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tema yang disampaikan merupakan flora dan fauna. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar mengfokuskan kaktus. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut juga mengisi segala kekosongan dan membuatkan gambar lebih menarik.




Element: Keseimbangan

Tema: Pelancongan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Pelbagai elemen wujud dalam gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya warna, kesesuaian, mudah dan keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas terlihat ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.







BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-KESESUAIAN-DAHLIA

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Selangor: Penerbit UPM.

Ketua - Hanis Farhana binti Jamil 203929

Pembantu - Siti Nazihah binti Samat 189228


INTERNET




Elemen

Kesesuaian

Tema

Hidupan Liar

Rujukan

https://www.exploreshaw.com/elephant-nature-park-chiang-mai/

Huraian

Gambar dua ekor gajah iaitu ibu dan anaknya sedang makan tumbuhan hijau. Terdapat timbunan tumbuhan hijau berhadapan dengan dua ekor gajah tersebut. Langit yang cerah menunjukkan suasana waktu pagi. Gambar ini turut mempunyai latar gunung-ganang berwarna hijau.

 




Elemen

Kesesuaian

Tema

Waktu senja

Rujukan

https://www.thrillophilia.com/attractions/tanjung-aru-beach

Huraian

Gambar dia atas lebih menonjolkan elemen kesesuaian yang dapat dilihat waktu senja yang sesuai dengan warnanya yang berwarna oren akibat pancaran matahari yang akan terbenam. Oleh itu, kecantikan sinaran matahari yang terbenam menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi tempat itu pada waktu senja. Gambar ini bersesuaian dengan waktu dan warna disekitarnya.




Elemen

Kesesuaian

Tema

Haiwan

Rujukan

https://best-wallpaper.net/Sumatran-tiger-observation-bamboo_wallpapers.html

Huraian

Foto ini menunjukkan gambar seekor harimau di dalam hutan rimba. Foto ini menepati elemen asas grafik iaitu dari aspek kesesuaian. Hal ini kerana, watak yang terdapat dalam gambar ini iaitu harimau sesuai dengan latar tempat iaitu, hutan rimba.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Perayaan

Rujukan

https://images.app.goo.gl/5VipGoK8R6FDV3Sh6

Huraian

Memaparkan suasana di malam raya. Sesuai kerana selalunya bermain bunga api pada waktu malam. Dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta bersama dengan dua orang lelaki dewasa sedang bermain bunga api. Di belakang pula menunjukkan beberapa wanita sedang memasak juadah hari raya.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Padang

Rujukan

https://www.gooddoctor.co.id/parenting/kesehatan-anak/gak-perlu-khawatir-moms-begini-cara-aman-si-kecil-main-layang-layang-di-tengah-covid-19/

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, terdapat seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain layang-layang di atas padang. Selain itu, kawasan sekeliling padang tersebut juga dipenuhi pokok-pokok yang besar dan rumput yang menghijau. Malah pemandangan awan yang membiru pada ketika itu juga turut menyeimbangkan lagi suasana kawasan padang tersebut.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Alam semula jadi

Rujukan

https://www.pinterest.com/pin/3237030972923885/

Huraian

Gambar di atas menunjukkan seekor rusa yang sedang berjalan pada waktu pagi atau petang di tengah-tengah hutan. Gambar ini sesuai kerana latar tempat iaitu hutan merupakan habitat haiwan tersebut. Manakala pemilihan haiwan juga amat diambil berat kerana kesalahan dalam pemilihan haiwan dapat mengelirukan orang yang melihat gambar tersebut. Contohnya haiwan seperti seekor kucing yang kebiasaanya merupakan haiwan peliharaan di setiap rumah. Ianya jelas factor pemilihan haiwan juga mempengaruhi gambar yang diambil.




Elemen

Kesesuaian

Tema

Fantasi

Rujukan

https://www.pinterest.com/

Huraian

Gambar tersebut bertemakan fantasi. Pemilihan latar tempat ialah sebuah istana Inggeris di tepi laut. Selain itu, pemilihan latar dan warna telah memberikan aura tenang dan fantasi. Seterusnya, pemilihan pakaian sangat penting untuk kesesuaian dengan tema tersebut.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Sejarah

Rujukan

https://beyonddhorizons.net/2019/04/21/tivoli-daytrip/?amp

Huraian

Gambar ini diambil di satu bahagian daripada tapak peninggalan Villa Adriana, Tivoli, Itali yang merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong/pelawat. Di dalam gambar ini kita dapat melihat pelancong/pelawat yang sedang mengamati dan mengambil gambar di kawasan sekeliling mereka. Latar watak dan latar tempat di dalam foto ini sangat sesuai dan melengkapi satu sama lain.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Alam semula jadi

Rujukan

https://www.facebook.com/pages/category/Entertainment-Website/Tamil-Rooster-Youtube-Channel-1621834054627190/

Huraian

Foto seekor ayam yang sedang berkokok pada waktu pagi. Selain itu, pemilihan latar masa dan warna juga bersesuai dengan foto ayam dan tema grafik tersebut. Grafik ini juga memberi ketenangan pada semua yang melihatnya.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Snek

Rujukan

https://www.signaturemarket.co/my/marketplace/snack/277

0/Golden_Salted_Egg_Baguette_Bites.html 

Huraian

Biskut berperisa telur masin. Terdapat imej animasi cili, telur masin, itik, dan mentega. Imej animasi tersebut menunjukkan sumber perisa snek tersebut. Teks secara jelas menyatakan nama snek tersebut. Latar gambar bersesuaian dengan tema. Imej snek di dalam pinggan difokuskan menunjukkan rupa bentuk snek tersebut.




Elemen

Kesesuaian

Tema

Memancing

Rujukan

https://rileklah.com/tarikan/tak-tahu-mana-nak-pergi-memancing-ni-dia-port-memancing-di-area-selangor

Huraian

Gambar di atas jelas menunjukkan seorang lelaki yang sedang memancing di kawasan laut pada bahagian gigi air. Gambar ini dikatakan element kesesuaian kerana tempatnya merupakan tempat sesuai untuk memancing dan pemancing juga mengenakan pakaian(topi, cermin mata, baju lengan panjang dan seluar panjang) yang mempunyai ciri keselamatan pemancing dan kelengkapan memancing yang sesuai(kekili, joran).





Elemen

Kesesuaian

Tema

Hidupan Liar

Rujukan

https://www.exploreshaw.com/elephant-nature-park-chiang-mai/

Huraian

Gambar dua ekor gajah iaitu ibu dan anaknya sedang makan tumbuhan hijau. Terdapat timbunan tumbuhan hijau berhadapan dengan dua ekor gajah tersebut. Langit yang cerah menunjukkan suasana waktu pagi. Gambar ini turut mempunyai latar gunung-ganang berwarna hijau.

 


Sumber Sendiri



Elemen

Kesesuaian

Tema

Flora dan Fauna

Rujukan

Sendiri

Huraian

Pemilihan latar tempat ialah alam sekitar. Kita dapat lihat terdapat tumbuhan-tumbuhan hijau lain di latar tempatnya. Selain itu, fokus utama gambar merupakan bunga tersebut yang tumbuh mekar dan segar. Dengan ini, sekuntum bunga yang cantik ini kelihatan sangat bersesuaian dengan  latar tempat yang segar dan hijau yang merupakan habitat flora, seperti bunga, pokok dan lain-lain.

 




Elemen

Kesesuaian

Tema

Pemandangan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Pemandangan di atas bukit pada waktu pagi. Suasana yang belum kelihatan pancaran matahari dan kabus pada waktu pagi. Pada waktu pagi juga sesuai untuk mendaki bukit. Pemandangan kehijauan yang dapat dilihat ketika berada diatas bukit. Selain itu, warna juga seakan senada sahaja.

 






Elemen

Kesesuaian

Tema

Kanak - Kanak

Rujukan

Sendiri

Huraian

Foto ini menggambarkan dua orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak manakala seorang kanak – kanak lagi sedang mengayuh basikal. Langit yang hamper gelap menunjukkan keadaan kampung yang hampir senja. Setiap watak dalam gambar ini bersesuaian dengan latar tempat iaitu dua orang kanak – kanak bermain bola di atas padang manakala seorang lagi kanak – kanak sedang mengayuh basikal di atas jalan.

 




Elemen

Kesesuaian

Tema

Pemandangan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar ini menunjukkan beberapa orang pelancong melintasi jambatan gantung. Di sekeliling jambatan itu, dipenuhi dengan pokok-pokok yang menghijau. Langit yang semakin gelap menunjukkan suasana lewat petang. Gambar ini terdapat juga beberapa buah bangunan pencakar langit di bahagian atas sebelah kanan.

 



Elemen

Kesesuaian

Tema

Sukan / Permainan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Kesesuaian diambil sebagai tema kerana permainan petanque ini dimainkan dikawasan gelanggang petanque. Mudah juga boleh dimasukkan kerana bagi yang melihat foto ini serta merta mengetahui ini merupakan atlet petanque yang sedang bertanding di dalam sebuah kejohanan. Kesesuaian tetap diberi penekanan kerana sukan ini dijalankan ditempat yang sepatutnya. Pakaian yang dikenakan oleh pemain-pemain tersebut juga menunjukkan ianya sesuai.

 




Elemen

Kesesuaian

Tema

Pemandangan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar ini menjelaskan kesesuaian ketika berada di atas awan ketika menaiki kapal terbang. Oleh hal yang demikian, kita dapat melihat permandangan awan yang luas dari atas dan melihat langit yang ingin bertukar warna dari biru ke jingga yang menandakan hari petang tiba ke pengakhirannya. gambar ini amat bersesuaian iaitu permandangan awan dan cahaya matahari di waktu petang jika dilihat dari atas.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Perkahwinan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, terdapat seorang wanita yang berbaju kurung  sedang berada di atas pelaminan dimana wanita itu sedang memegang bunga. Maka dapat disimpulkan bahawa latar tempat itu ialah di atas pelamin dan latar wataknya pula adalah wanita berbaju kurung. Akhir sekali, latar masa pula pada waktu tengahari.





Elemen

Kesesuaian

Tema

Haiwan Ternakan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar menunjukkan empat ekor lembu dan seekor kerbau. Kerbau tersebut berwarna hitam. Haiwan di dalam gambar merupakan haiwan ternakan. Tempat tersebut merupakan kandang yang menunjukkan taraf haiwan tersebut sebagai haiwan ternakan. Hijau daun pokok sesuai sebagai latar haiwan tersebut.






Elemen

Kesesuaian

Tema

Alam Semula Jadi

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar diatas menunjukkan sekumpulan pelajar melakukan aktiviti air dan mengenakan jaket keselamatan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Gambar ini mempunyai elemen kesesuaian kerana mereka bermain kayak di kawasan yang berair. Selain itu, mereka juga mengenakan jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti tersebut.

 



Elemen

Kesesuaian

Tema

Human Interest (Kepentingan manusia: Pembelajaran)

Rujukan

Sendiri

Huraian

Foto di atas terdapat seorang pelajar perempuan yang sedang belajar di meja belajar. Kita dapat melihat di latar tempatnya, iaitu meja belajar, terdapat sebuah computer riba, meja belajar dan alat-alat tulis (di bahagian kanan). Aktiviti yang dijalankan oleh watak tersebut dan latar tempatnya bersesuaian antara satu sama lain. Jadi, foto ini sangat menepati elemen grafik bersesuaian.




Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...