Isnin, 5 April 2021

BBM3410-ASAS GRAFIK-KESEIMBANGAN-DAHLIA

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Selangor: Penerbit UPM.

Ketua - Mohd Azizul bin Asri 204110

Pembantu - Nur Ewana Fatini binti Zulkefli 203305


INTERNET


Elemen: Keseimbangan

Tema: Haiwan

Rujukan:https://cosmosmagazine.com/biology/top-ten-most-popular-animals-are-still-endangered/

Huraian: Gambar jelas menunjukkan singa yang merupakan sejenis haiwan. Singa tersebut merupakan singa jantan dewasa. Singa itu sedang berehat di kawasan rumput. Rumput hijau kekuning-kuningan yang meneduhkan permukaan bumi dan pokok akasia menunjukkan tempat itu adalah kawasan savana. Warna biru langit seimbang dengan warna rumput tersebut.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Perubahan Iklim

Rujukan: https://www.greeneuropeanjournal.eu/

Huraian: Foto ini menggunakan latar belakang berwarna hijau. Keseimbangan yang dipaparkan amat baik di mana subjek berada bahagian tengah. Terdapat dua logo iaitu di bahagian sudut kiri atas dan kanan bawah. Penambahan teks di bahagian tengah bawah menyeimbangkan lagi visual ini.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Suasana kampung

Rujukan: https://says.com/my/seismik/ala-riverview-lodge

Huraian: Ruang sebelah kiri gambar terdapat sebuah rumah kampung seimbang dengan tiga orang petani di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang kelihatan hampir senja manakala di sebelah bawah gambar pula menunjukkan sawah padi yang menghijau. Maka jelaslah, gambar ini menepati elemen asas grafik iaitu seimbang.




Elemen: keseimbangan

Tema  : ketenangan

Rujukan: https://beyonddhorizons.net/2019/03/13/mostar-kravice-falls-daytrip/?amp

Huraian: Keseimbangan di dalam gambar di atas dapat dilihat pada ruang kanan dan kiri gambar. Di kanan gambar terisi dengan bot dan individu yang sedang mengambil gambar permandangan di kawasan tersebut. Manakala, di bahagian kiri pula ditampilkan air terjun, buih putih dan langit yang memainkan peranan dalam menyeimbangkan gambar ini. Oleh itu, keseimbangan antara ruangan kiri dan kanan dipenuhi dengan baik.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Poster Movie

Rujukan: https://www.imdb.com/title/tt12882620/

Huraian: Poster diatas dilihst memenuhi ciri kesimbangan kerana ruang kiri dan kanan gambar dilihat sama besar. Perkara ini membuatkan warna yang digunakan disisi kiri dan kanan seimbang.  Warna merah dalam poster dilihat seimbang dengan warna biru di sebelah kanan poster tersebut. Warna yang dipilih juga dapat menonjolkan grafik tersebut.




Element: Keseimbangan

Tema: Rumah ibadat

Rujukan: https://www.kelasfotografi.com/2016/03/memahami-keseimbangan-balance-dalam.html?m=1

Huraian: Gambar di atas mempunyai sisi kiri dan kanan yang seimbang. Walaupun mempunyai element mudah untuk mengenali gambar tersebut, tetapi keseimbangan pasti yang akan menjadi tarikan utama kepada yang melihat. Bahagian atas dan bawah gambar juga jelas terdapat keseimbangan kerana ruang yang sama luas. Objek dalam gambar tersebut berada tepat pada bahagian tengah.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Restoran

Rujukan: https://www.pngitem.com/middle/TibTmR_transparent-kentucky-fried-chicken-png-kfc-finger-lickin/

Huraian: Poster restoran ini menunjukkan keseimbangan di mana logo restoran lebih memberatkan di bahagian kiri dan nama restoran dan motto yang berbentuk teks lebih memberatkan di bahagian kanan. Pemberatan yang sama rata yang memenuhi poster itu telah menjadikan ia seimbang kerana setiap ruang digunakan dengan sepenuhnya.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam sekitar

Rujukan: https://gurayyarar.github.io/AdminBSBMaterialDesign/pages/medias/image-gallery.html#lg=1&slide=0

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, terdapat sebuah tasik yang dikelilingi dengan pokok-pokok yang rimbun. Malah terlihat juga di sekeliling tepi tasik tersebut ditumbuhi rumput-rumput yang menghijau yang dapat menyerikan lagi pemandangan tasik tersebut. Tambahan pula, ruang atas menunjukkan keadaan awan yang membiru dan gunung-gunung yang berada dihujung bukit tersebut menjadikan lagi kawasan tasik tersebut ‘hidup’. Maka jelaslah bahawa ruang atas yang digambarkan berdasarkan gambar diatas dapat menyeimbangkan pemandangan tasik tersebut yang berada di bahagian bawah.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Semulajadi

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/2674081019327763/

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah tempat yang dipenuhi dengan batu-batuan semula jadi. Ditengah-tengah gambar tersebut dihasilkan sebuah cahaya daripada matahari yang menembus masuk ke ruangan tersebut. Ianya membuat kan gambar yang telah diambil ini menjadi lebih seimbang.




Elemen: Keseimbangan 

Tema: Pemandangan

Rujukan: https://images.app.goo.gl/j4dHYb2qFVCLNf1L7

Huraian: Pemandangan di pinggir laut yang terdapat beberapa bangunan yang tinggi dan rendah. Sepenuhnya ruang digunakan. Ruang di sudut kanan menunjukkan pembangunan sebuah bandar dan di ruang kiri sebelah bawah gambaran lautan manakala di bahagian atas pula menunjukkan gambar langit yang sama keluasannya dengan bangunan dan lautan. Warna yang digunakan dalam gambar berwarna lembut yang mengambarkan gambar tersebut diambil pada waktu petang.





Elemen: Keseimbangan

Tema: Busana

Rujukan:

https://www.pinterest.com/

Huraian:

Tema yang disampaikan merupakan busana. Pakaian yang dipakai oleh model merupakan fokus utama grafik. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar membenarkan penonton melihat pakaian tersebut secara teliti. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut dapat memaparkan latar yang bersesuaian tema busana itu


SENDIRI



Elemen : Keseimbangan

Tema: Kegembiraan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tiga sekawan bergurau-senda di pinggir tanjung. Senyuman pada wajah mereka menunjukkan perasaan gembira. Warna langit yang biru, hijau daun pokok yang jauh daripada kawasan gambar diambil berserta air laut yang jernih menghasilkan gambar yang indah. Gambar menunjukkan kegembiraan tiga sekawan yang terpateri secara spontan kerana mata mereka tidak fokus pada lensa kamera.




 

Elemen: Keseimbangan

Tema: Alam Semula Jadi Atin

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambar pemandangan ini meliputi langit, tasik, rumput, pokok, bukit dan air pancut. Ruang kiri terdapat sebatang pokok dan daunan pokok di ruang kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat langit yang luas  berwarna biru manakala di sebelah bawah pulak terdapat tasik yang luas juga. Maka, keseimbangan yang digambarkan amat jelas kerana setiap objek terletak pada posisinya dan saling berkaitan.




Elemen : Keseimbangan

Tema: Keluarga (hanis)

Rujukan : Sendiri

Huraian: Foto menunjukkan beberapa orang sedang bergambar diruang sebelah kiri dan kanan gambar. Maka, kedudukan di sebelah kiri dan kanan gambar adalah seimbang. Di sebelah atas pula menggambarkan pokok – pokok yang menghijau manakala di sebelah bawah gambar pula menggambarkan air sungai yang jernih. Jelaslah, kedudukan gambar di sebelah atas dan di sebelah bawah adalah seimbang.

 



Elemen: keseimbangan     

Tema: potrait - metropolitan / moden

Rujukan : Sendiri

Huraian: Berdasarkan foto di atas, keseimbangan grafik ini dapat dilihat melalui kedudukan ring light dan model tersebut yang berada di ruang tengah foto. Sisi kiri dan kanan serta sisi atas dan bawah foto kelihatan seimbang apabila diukur dari ring light tersebut.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Kolejku

Rujukan : Sendiri

Huraian: Dengan merujuk kepada gambar diatas, grafik yang dihasilkan adalah seimbang. Hal ini merujuk kepada kedudukan sisi kiri dan kanan yang mempunyai ukuran yang sama. selain itu, atas kedudukan atas dah bawah juga dilihat sama dan mengwujudkan keseimbangan. Perkara ini membuatkan grafik yang diambil kelihatan menarik dan seimbang.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Animasi

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambaran di atas menunjukkan keseimbangan dengan menggunakan ruang yang disediakan dengan sepenuhnya bagi memeriahkan lagi dekorasi dalam kad itu. Teks diletakkan di bahagian atas secara melengkung dan meletakkan gambar kek dan kartun di bawah teks itu yang menyebabkan ruang antara atas dan bawah seimbang. Ruang kiri dan kanan kad itu diletakkan dekorasi yang pelbagai bagi mengisi ruang kosong itu. Oleh itu, dengan keseimbangan yang ada telah menjadikan kad itu lebih cantik dan menarik. 




Elemen: Keseimbangan

Tema: Pemandangan

Rujukan : Sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, menunjukkan pemandangan di atas jalan raya dimana ruang kiri dan kanan jalan raya tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Manakala awan diatas kelihatan berwarna biru dan sedikit berwarna keputihan. Ini jelaslah bahawa dengan semua gabungan ruang dan warna yang ada membuatkan gambar ini kelihatan seimbang.





Elemen: Keseimbangan

Tema: Kekeluargaan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar diatas menunjukkan pelajar mengambil gambar sekelas bersama guru-gurunya di suatu tempat yang sesuai dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Susunan pelajar juga seimbang di kiri dan kanan dan ianya menyebabkan gambar tersebut kelihatan lebih seimbang.




Elemen: Keseimbangan 

Tema: Percutian

Rujukan : Sendiri

Huraian: Gambar diambil seimbang menampakkan semua pemandangan yang ada. Pokok yang berada di sebelah kanan dan di kiri pula terdapat aliran air sungai serta bahagian atas pula gambaran awam yang mendung dan jambatan kecil pada bahagian bawah. Penataan warna yang pula tidak terlalu banyak. Kedua-dua pelancong tersebut menggunakan warna pakaian yang sama sahaja iaitu tertemakan warna biru.




Elemen: Keseimbangan

Tema: Flora dan fauna

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tema yang disampaikan merupakan flora dan fauna. Selain itu, keseimbangan yang diaplikasikan oleh juru gambar mengfokuskan kaktus. Akhir sekali, keseimbangan gambar tersebut juga mengisi segala kekosongan dan membuatkan gambar lebih menarik.




Element: Keseimbangan

Tema: Pelancongan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Pelbagai elemen wujud dalam gambar ini yang bersesuaian dengan tema antaranya warna, kesesuaian, mudah dan keseimbangan. Keseimbangan ditekankan kerana jelas terlihat ruang kiri dan kanan gambar dipenuhi dan seimbang kiri dan kanan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...