Khamis, 8 April 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 3 - CERITA SOSIAL 2

Sumber: Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi , Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu


Kasih sayang bapa tidak dapat disangkal kerana dia sanggup berkorban demi keluarganya. Abah yang sayang dan sentiasa ingat bahawa ahli keluarganya sangat suka akan buah-buahan terutama buah-buahan tempatan. Bapa telah membeli buah-buahan tempatan setelah ingat kepada ahli keluarganya iaitu ibu, Abang Imran, Madinah, Aisyah dan Alim. Antara buah-buahan tempatan itu ialah buah durian,  buah manggis, buah langsat, buah duku dan sebagainya. Kesedapan buah-buahan tempatan tersebut telah meriangkan suasana seisi keluarga.

    Abang Imran merupakan orang pertama yang menegur ayah dan bertanya tentang buah-buahan tersebut. Setelah dijawab persoalan Abang Imran, abah meminta Abang Imran untuk memanggil ahli keluarga yang lain iaitu ibu, Madinah, Aisyah dan Alim untuk bersama-sama menjamu buah-buahan tersebut. Abah dan ibu sentiasa ingat nasihat ibu untuk berkongsi apa jua makanan atau barangan dengan orang lain terutama ahli keluarga dan jiran tetangga.

    Tiba-tiba Alim teringat akan nasihat itu dan meminta tolong ibu untuk membungkus sedikit buah-buahan. Setelah siap, Alim mengatakan bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan jiran tetangganya iaitu Sulaiman. Dia sentiasa menyayangi sahabatnya itu dan ingin berkongsi terutama buah-buahan kegemarannya. Ibu dan abah faham akan anaknya iaitu Alim yang baik dengan semua orang terutama Sulaiman. Ibu berkata bahawa dia melihat sahabat anaknya iaitu Sulaiman sedang menyiram pokok bunga.

    Alim teruja lalu dia berlari ke arah Sulaiman sambil membawa sebungkus plastik yang terisi buah-buahan tempatan tersebut. Sulaiman juga tersenyum setelah memandang ke arah sahabatnya itu. Setelah plastik buah-buahan tersebut bertukar tangan, Sulaiman mengucapkan terima kasih kerana berkongsi buah-buahan tersebut. Setelah itu, Alim pun pulang. Sulaiman sangat mengenali sahabatnya itu, Alim sangat suka untuk berkongsi dengan dia. Tidak kira makanan atau barangan, Alim tetap berkongsi. Sulaiman gembira mempunyai sahabat seperti Alim.

    Setelah siap makan buah-buahan, Alim tidak lupa untuk membantu adik-beradiknya yang lain untuk kemas segala sampah dan kulit buah-buahan tersebut. Seterusnya, dia membawa sampah dan membuang di dalam tong sampah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman. Dia mengucapkan terima kasih kerana berkongsi buah-buahan tersebut bersama mereka.  Alim menjawab dan mengingatkan Kembali nasihat ibunya iaitu perbuatan baik perlu dikongsi terutama orang yang baik dengan dirinya iaitu Sulaiman, Mak Cik Timah, dan Pak Cik Yakub. Mereka sentiasa berbuat kepada Alim.

    Mak Cik Timah terharu dengan ucapan Alim tersebut. Dia gembira mempunyai jiran tetangga seperti Alim. Dia juga bersyukur Sulaiman mempunyai kawan seperti Alim yang sentiasa menyayangi anaknya itu. Setelah habis berbual, Alim pun berlalu untuk masuk ke rumah. Mak Cik Timah sentiasa mendoakan Alim dan keluarganya untuk sihat kesihatan serta kesejahteraan mereka.

    Cerita social ini mementingkan nilai-nilai murni seperti berkongsi dan baik hati terhadap jiran tetangga. Nilai-nilai ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan malahan disayangi orang sekeliling. Oleh itu, kita perlulah contohi nilai dan sikap Alim sekeluarga terhadap jiran tetangganya agar keharmonian masyarakat berterusan.


KEHADIRAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...