Isnin, 5 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-WARNA-DAHLIA

Ketua - Muhammad Huzaimi bin Jamaludin 199819

Pembantu - Juliastuti Koaeputeri binti Dae 199847


 Sumber Internet


Elemen: Warna

Tema   Alam sekitar

Rujukan: https://www.pinterest.com/

Huraian: Grafik diatas mempunyai gabungan warna yang yang menarik dan tidak lebih dari tiga warna. Gambar diatas merupakan gambar sebuah jambatan yang yang disertai dengan warna awan yang mempunyai kombinasi biru, hitam dan oren. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai warna yang menyerlah. Grafik ini juga memfokuskan kepada jambatan dan seorang lelaki di hujung jambatan.





Elemen: Warna

Tema: Pokok

Rujukan: Internet https://www.countryliving.com/gardening/g3168/cherry-blossoms-facts/

Huraian: Gambar menunjukkan gambar pohon sakura. Bunga pohon itu berwarna merah jambu. Langit biru muda dengan awan putih menunjukkan cuaca yang cerah. Bayang pada bawah pokok menunjukkan waktu siang. Rumput bewarna hijau di bahagian bawah itu sangat sesuai dengan warna pohon sakura yang sedang kembang.




Elemen: Warna

Tema: Retro

Rujukan: https://www.pinterest.com/

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, tema yang cuba disampaikan ialah tema retro. Pemilihan warna utama ialah merah dan jingga. Oleh itu, warna utama tersebut telah memberikan aura retro di dalam potret tersebut.




Elemen: Warna

Tema: Pengiklanan

Sumber: https://images.app.goo.gl/BXdVVWv69usgeS1W9

Huraian:

Menggunakan tiga warna sahaja iaitu biru, putih dan hitam. Pemilihan warna diterhadkan bagi menfokuskan pen tersebut. Di samping itu, terdapat juga penggunaan teks yang menunjukkan jenama kepada pen tersebut.



Elemen: Warna

Tema  : Alam Semula Jadi

Sumber : https://wisato.id/wisata-alam/10-air-terjun-eksotis-di-sulawesi/

Huraian : Sekeping foto menunjukkan suasana di Kawasan air terjun. Pohon – pohon yang bewarna hijau sangat jelas kelihatan disertai dengan warna air terjun yang membiru. Terdapat juga batu – bata yang bewarna kelabu. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada air terjun, pohon dan juga batu.




Elemen: Warna

Tema: Makanan

Sumber: https://www.updateordie.com/2018/08/16/caribou-coffee-25th-anniversary/

Huraian: Iklan ini memaparkan warna yang menarik. Terdapat tiga warna yang digunakan iaitu merah, coklat dan biru. Tulisan teks pula berwarna putih di mana amat sesuai dipadankan dengan tiga warna yang lain. Warna-warna tersebut amat menonjol dan mampu menarik minat pelanggan.





Elemen: Warna

Tema: Lukisan

Rujukan: https://www.pinterest.com/pin/68727725721/

Huraian:  Gambar diatas dapat difahami dengan mudah dan jelas bahawa pelangi mempunyai pelbagai warna dan ianya lebih mendominasi di dalam gambar tersebut. Walaupun pelangi tersebut dikelilingi oleh warna kelabu dan hitam.




Elemen: Warna

Tema: Minimal

Rujukan: https://www.freepik.com/premium-psd/mockup-rectangular-billboard_9355053.htm#page=1&query=billboard&position=47

Huraian: Iklan billboard di atas kelihatan ringkas, tetapi masih mampu menarik perhatian dan fokusnya cuma tiga warna sahaja, iaitu putih, kuning dan hitam.





Elemen: Warna

Tema: Jenama

Rujukan: https://www.designyourway.net/blog/graphic-design/lamborghini-logo/

Huraian: Ini merupakan logo bagi kenderaan terkemuka dunia iaitu Lamborghini yang hanya digunakan oleh jutawan. Logo ini mengandungi warna yang unik iaitu kuning keemasan dan hitam. Warna ini menjadi tarikan utama bagi gambar tersebut walaupun wujud element teks tetapi kurang menonjol.




Elemen: warna

Tema: Bunga

Rujukan:  https://myprinceirfanrayyankhairi.blogspot.com/2018/01/taman-bunga-mawar-yang-indah.html

Huraian: Foto ini lebih memberatkan kepada elemen warna kerana bunga tersebut berwarna merah dan daunnya berwarna hijau. Selain itu, warna langit yang kebiruan dan awan putih turut menarikkan foto tersebut. oleh itu, kombinasi antara warna-warna itu telah menyerlahkan dan memfokuskan kepada bunga itu kerana mempunyai warna yang menonjol.





Elemen : Warna

Tema : Pemandangan

Rujukan : Internet

https://pixabay.com/photos/tree-sunset-clouds-sky-silhouette-736885/

 Huraian : Berdasarkan gambar diatas, penggunaan warna di dalam gambar ini sangat menarik dan tidak mempunyai kontra sesama warna. Malah pemandangan tersebut ditambah lagi dengan gabungan warna jingga dan sedikit keungguan yang menyebabkan pemandangan tersebut lebih menyerlah dan memukau mata yang memandangnya.

 

Sumber Sendiri



Elemen: Warna

Tema: Alam Sekitar

Rujukan: Sendiri

Huraian: Kombinasi warna antara merah dan hijau dapat menyerlahkan lagi seri bunga tersebut. Selain itu, warna-warna grafik tersebut tidak melebihi tiga warna. Hal ini dikatakan demikian kerana, kombinasi warna tersebut tidak mengelirukan fokus grafik yang hendak ditonjolkan.




Elemen: Warna

Tema : Bunga

Sumber : Sendiri

Huraian : Foto ini jelas menunjukkan gambar bunga yang bewarna kuning disertai daun yang bewarn hijau. Kombinasi kedua – dua warna ini sangat menarik dan mampu menarik perhatian seseorang yang memandang. Foto ini jelas menarik kerana terdapat dua warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada bunga dan juga daun.




Elemen: Warna

Tema: Makanan

Sumber: Sendiri

Huraian: Dalam foto ini, pemilihan warna kelabu lembut pada batu-batu di latar belakang memberikan kesan efek yang nyata pada subjek yang ingin disampaikan. Gabungan warna kuning dan merah yang amat terang itu amat sesuai. Kita dapat juga melihat unsur warna coklat yang jelas. Maka, penyampaian subjek iaitu ketiga-tiga botol coklat itu dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihat.





Tema: Bunga

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar bunga mawar bewarna merah hati. Warna bunga ini lebih menarik perhatian walaupun hijau daun lebih mendominasi sebagai latar bunga. Gambar ini jelas menunjukkan bunga mawar yang ditanam di dalam pasu. Bunga mawar merah merupakan subjek bagi gambar ini.




Elemen: Warna

Tema: Keluarga

Rujukan: Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga mengambil gambar di papan yang bertulis “Sekinchan”. Tulisan tersebut mempunyai pelbagai warna untuk tujuan menarik minat pelancong atau pengunjung yang datang ke pantai tersebut. Penggunaan warna yang berwarna-warni ini tidak sama sekali mempengaruhi kewujudan keluarga tersebut di dalam gambar.




Elemen: Warna

Tema: Makanan

Sumber: sendiri

Huraian: Gambar menunjukkan satu hidangan nasi arab. Warna paling menyerlah adalah warna hijau iaitu dulang yang digunakan untuk menghidang sajian nasi arab ini. Kombinasi warna yang digunakan walaupun melebihi tiga warna tetap sahaja menunjukkan sajian tersebut adalah nasi arab.




Elemen     : Warna

Tema        : Binatang

Rujukan   : Sendiri

Huraian    : Terdapat seekor ikan di dalam balang dalam foto di atas. Warna yang ditekankan di dalam foto ini adalah 3 warna utama, iaitu coklat kekuningan (warna air, penutup balang dan tapak balang), putih (warna latar) dan merah (warna ikan).




Elemen: Warna

Tema: Bunga

Huraian:Gambar di atas lebih menonjolkan elemen warna di mana bunga itu mempunyai kelopak yang berwarna putih dan debungan yang berwarna kuning serta dikelilingi daun yang hijau. Warna yang cerah yang ada bunga iaitu warna putih dan kuning serta daun yang hiaju menjadikan bunga itu lebih menyerlah dan menjad tumpuan dalam gambar itu. Oleh itu, gambar itu akan mudah menjadi fokus dan jelas apabila dipandang.



Elemen : Warna

Tema : Percutian

Rujukan : Sendiri

Huraian : Berdasarkan gambar percutian diatas, kombinasi warna yang terdapat di dalam gambar tersebut ialah warna biru, putih dan hijau. Kombinasi 3 warna ini sudah cukup untuk menyeimbangkan warna di dalam sesebuah gambar. Ini kerana di dalam sesebuah gambar hanya memerlukan 3 warna sahaja bagi membuatkan gambar itu kelihatan cantik dan juga dapat menyampaikan beberapa mesej atau perkara melalui gambar tersebut.




Elemen: Warna

Tema: Permandangan Alam

Rujukan: Sendiri

Huraian: Kombinasi warna tasik, pohon dan langit dapat menaikan seri grafik diatas. Penggunaan warna yang tidak terlalu banyak membuatkan grafik tersebut tenang dilihat. Individu yang melihat grafik diatas tidak keliru danhilang focus kerana terlalu banyak warna yang hendak ditonjolkan. Oleh itu, grafik ini mempunyai warna yang sesuai.



Element: Warna

Tema: Makanan

Rujukan: Sendiri

Huraian: Tema di makanan ini amat bersesuaian dengan element warna. Jelas dapat dilihat hanya terdapat beberapa warna yang boleh dilihat jelas walaupun ianya mempunyai percampuran element teks. Penekanan diberikan kepada warna kerana warna yang menarik dan bersesuaian.

 








Ahad, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS-DAHLIA

Ketua - Najwa Radiah binti Abdul Razak 203941

Pembantu - Fatin Nur Syazierra binti Sahril 203303


Sumber Internet


Elemen

Teks

Tema

Buku

Rujukan

Book Glow (http://www.bookglow.net/5-must-read-books-rowing/ )

Huraian

Poster kepentingan buku disertai dengan teks “ The Boy in The Boat” memberi gambaran kepada pembaca bahawa kisah buku tersebut berkisarkan sekumpulan lelaki yang belayar menggunakan bot.  Tulisan juga ditulis dengan jelas. Selain itu, font yang digunakan juga menarik dan menonjol. Oleh itu, pemilihan teks yang sesuai dapat menyampaikan mesej dengan mudah kepada audiens.





Elemen

Teks

Tema

Pendidikan

Rujukan

Internet (https://www.northamptoncollege.ac.uk/prospectus.html#)

Huraian

Pemilihan jenis font yang mudah untuk dibaca dan saiz font kelihatan besar. Warna putih pada teks tersebut turut menyerlahkan lagi ayat itu dengan berlatarkan warna ungu terang. Kombinasi warna yang terang iaitu ungu, hijau dan biru amat bersesuaian dengan latar putih. Terdapat juga logo kolej diletakkan di bahagian bawah sebelah kanan.





Elemen

Teks

Tema

Promosi

Rujukan

Internet (https://shopee.com.my/ )

Huraian

Poster menunjukkan promosi potongan harga sebanyak 50 peratus. Potongan harga tersebut di warnakan dengan warna yang kontra dengan latar poster yang didominasikan dengan berwarna oren. Platform jualan adalah di Shopee. Nombor “3.3” yang dinyatakan bermaksud tarikh acara dijalankan iaitu pada 3hb Mac.






Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/  )

Huraian

Tema gambar tersebut pengiklanan. Pengiklanan tersebut fokus kepada promosi minyak wangi jenama Versace. Selain itu, penggunaan font dan saiz bersesuaian dengan grafik tersebut iaitu berwarna putih. Font dan saiz tersebut mudah difahami dan dibaca oleh khalayak.





Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://images.app.goo.gl/nFxVXFLjsqLX3yCw5)

Huraian

Menggunakan font yang unik dapat menarik perhatian pembaca untuk fokus kepada font tersebut. Selain itu, kombinasi warna merah untuk latar dan kuning sebagai font menjadi daya penarik kepada poster tersebut. Untuk menambah kefahaman, gambar ayam goreng McD dijadikan latar kepada teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Pelancaran Produk

Rujukan

Internet (https://www.vectorstock.com/royalty-free-vector/coming-soon-under-construction-yellow-background )

Huraian

Berdasarkan gambar diatas, fonts yang digunakan di dalam gambar tersebut sangatlah jelas dan mudah difahami pembaca. Seterusnya  saiz  fonts yang digunakan  juga tidak terlalu besar dan tidak berangkai seperti iklan lain yang meletakkan fonts berangkai untuk menarik minat pembaca sehingga menyebabkan teks sukar difahami dan sukar dibaca oleh pembaca. 






Elemen

Teks

Tema

Pemandangan Laut

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/pin/25543922876017360/)

Huraian

Gambar di atas menunjukkan teks yang telah ditulis dengan menggunakan tiga jenis font yang berbeza. Selain itu, teks ini ditulis dengan kemas sambil menghadap ke arah laut. Teks yang ditulis juga mudah untuk dibaca dan ramai yang memahami maksud teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Pengiklanan

Rujukan

Internet (https://www.canterbury.ac.uk/news/news.aspx?id=5b6b4e1c-0170-4368-b520-db3fdb8067fe )

Huraian

Kita dapat melihat daripada poster tentang tayangan filem yang akan disiarkan di siaran BBC di atas, tajuk filem tersebut ditulis dengan jenis font yang menarik, saiz font yang besar dan warna font yang terang untuk mencuri tumpuan pelanggan/penonton. Seterusnya membuatkan mereka faham bahawa nama tajuk filem tersebut adalah “DRACULA”.






Elemen

Teks

Tema

Papan Tanda

Rujukan

Internet (http://cintabahasa0507.blogspot.com/2012/04/situasi-25-papan-tanda-isyarat-penunjuk.html )

Huraian

Foto menunjukkan sebuah papan tanda yang mempunyai teks yang ingin disampaikan. Jenis tulisan yang digunakan dapat membolehkan seseorang memahami mesej yang ingin disampaikan. Warna putih yang digunakan juga dapat menarik perhatian seseorang untuk membaca dan memahami teks tersebut.







Elemen

Teks

Tema

Papan Tanda

Rujukan

Internet (https://badmintonfamly.com/news/yonex-brand-history/ )

Huraian

Gambar ini merupakan jenama alatan sukan terkemuka di dunia. Logo ini jelas mengandungi teks yang menunjukkan jenama tersebut iaitu Yonex. Wujud element lain seperti warna dan keseimbangan yang terdapat dalam gambar tersebut. Teks tetap menjadi pilihan kerana dengan sekali pandang pasti akan terbaca teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Animasi

Rujukan

Internet (https://www.pinterest.com/pin/296815431672206358/ )

Huraian

Poster di atas memberatkan kepada teks yang akan menarik perhatian orang ramai hal ini poster tersebut lebih menonjolkan judul poster itu dengan fon yang besar dan menarik. Selain itu, warna teks itu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menonjolkan lagi poster itu. Warna sekeliling yang agak gelap turut membantu teks ini lebih menonjol dalam poster.



Sumber Sendiri




Elemen

Teks

Tema

Poster

Rujukan

Sendiri

Huraian

Reka bentuk bungkusan yang berisi biskut cip coklat. Nombor telefon dinyatakan di bahagian bawah untuk tempahan pelanggan. Teks tersebut memberi maksud barang yang dijual boleh ditempah selain belian secara langsung. Perkataan “cookies” dinyatakan secara jelas menunjukkan barang yang dijual adalah biskut.






Elemen

Teks

Tema

Pemandangan Alam

Rujukan

Sendiri

Huraian

Grafik diatas mengfokuskan kepada suasana pada waktu pagi atau subuh yang tenang tanpa bunyi kenderaan dan udara yang segar. Penggunaan font yang menarik dan sesuai juga telah menyelaskan lagi mesej yang ingin disampaikan dalam grafik diatas. Pemilihan saiz dalam grafik memudahkan khalayak memahami mesej yang ingin disampaikan.  Font yang dipilih juga harus sesuai dengan mesej dan grafik yang ingin ditonjolkan.






Elemen

Teks

Tema

Poster

Rujukan

Sendiri

Huraian

Poster tersebut fokus kepada situasi pandemik. Selain itu, penggunaan font bersesuaian dengan poster menyerlahkan lagi teks. Pemilihan warna font dan saiz tersebut memudahkan khalayak memahami mesej.







Elemen

Teks

Tema

Logo

Rujukan

Sendiri

Huraian

Teks yang terdapat dalam foto di atas bersesuaian dengan tema. Teks tersebut menjadi tarikan utama kepada yang melihat gambar tersebut. Ini menunjukkan wujudnya element warna bagi gambar tersebut tetapi yang lebih menonjol adalah teks.





Elemen

Teks

Tema

Masa

Rujukan

Sendiri

Huraian

Teks “masa itu emas” di dalam foto di atas ditulis dengan saiz font yang besar dan pilihan jenis font yang tidak terlalu mewah membuatkan ianya senang dibaca. Manakala, pilihan warna pada font teks “emas” yang berwarna kuning keemasan yang selalunya melambangkan kerabat diraja dan kita tahu bahawa ianya amat berharga. Ini untuk menekankan kepentingan masa tersebut. Jadi, sesiapa yang melihat foto ini akan mudah menanggapi makna disebalik teks, betapa pentingnya masa yang ada.






Elemen

Teks

Tema

Pusat Pelancongan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar ini lebih menonjolkan kepada elemen teks kerana teks tersebut menggunakan fon yang bersaiz besar yang menjadikan orang ramai tahu tempat tersebut. selain itu, warna dan corak yang terdapat pada fon tersebut juga memainkan peranan yang amat besar di mana ia menggunakan pelbagai warna dan corak yang melambangkan tempat itu yang mampu memberi sedikit pengetahuan mengenai tempat itu. saiz dan kecantikan yang pada teks itu telha menarik orang ramai untuk mengunjung ke sana.





Elemen

Teks

Tema

Poster Penghargaan

Rujukan

Sendiri

Huraian

“The Unsung Hero” merupakan sebuah tajuk filem pendek dan teks ini berwarna putih, yakni amat kontra dengan warna hitam selain saiznya yang agak besar. Maka, teks ini mudah untuk dilihat. Terdapat juga beberapa teks yang menerangkan beberapa nama kru produksi, juga diwarnakan putih. Teks yang dipaparkan merupakan simbolik kepada subjek dalam poster ini iaitu seorang tukang cuci kolej.






Elemen

Teks

Tema

Sukan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Gambar di atas menunjukkan satu nama sukan dan permainan iaitu Petanque. Teks tersebut telah disusun dengan teratur dan diletakkan alatan sukan tersebut di tengah-tengah tulisan tersebut. Teks ini mudah untuk dibaca dan penggunaan saiz tulisan tersebut amat sesuai dan tidak tenggelam dengan warna latar belakang teks tersebut.






Elemen

Teks

Tema

Label Produk

Rujukan

Sendiri

Huraian

Foto ini menepati elemen teks dalam asas grafik. Jenis tulisan atau jenis teks yang digunakan sangat bersesuaian dan mampu menarik minat seseorang untuk melihat dan memahami teks tersebut. Kandungan dalam teks juga sesuai dan dapat memberi pemahaman terhadap grafik.






Elemen

Teks

Tema

Pendidikan

Rujukan

Sendiri

Huraian

Penggunaan teks yang menunjukkan murid sekolah akan memulakan sesi persekolahan baru. Jenis font yang digunakan kelihatan menonjolkan tidak tengelam dengan warna-warna lain yang digunakan.






Elemen

Teks

Tema

Diari

Rujukan

Sendiri

Huraian

Berdasarkan gambar yang diambil, fonts yang digunakan pada buku nota tersebut sangat sesuai  dan sangat mudah difahami. Hal ini kerana warna dan latar yang digunakan pada buku nota itu  menjadikan teks tersebut mudah dibaca oleh pembaca. Saiz fonts yang digunakan juga tidak terlalu besar sehingga menyebabkan pembaca tidak dapat difahami.





Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...