Khamis, 1 Jun 2023

Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian.

Blog ini sememangnya telah lama namun aku mengisikannya dengan tugasan universitiku dahulu. Akan tetapi aku kembali dengan cerita baharu.

Baru-baru ini aku mencuba hobi baharu!

Aku tanam pokok cili! Hahahahahaha

Mimpi indah

Aku bukakan mataku; kabur tapi memaksa untuk jelaskan penglihatanku.

Gelap. Sangat gelap.

“Angkatkan kepalamu manusia” kata suara tidak bertubuh. 

Masih juga aku patuh akan arahan itu. Aku terkesima; tubuhku membatu. Hanya nafas membisingkan suasana. 

“Perasaan apa ini? Kagum? Terharu? Terkejut? Tiada satu kata dalam muka bumi ini mampu menggambarkan perasaan ini.” Aku bersuara

Langit yang gelap namun penuh cahaya. Ibarat sejuta cahaya berlawan antara mereka untuk membuktikan mereka paling bersinar.

“Lihatlah aku manusia.”
“Sini pula”

Sinaran itu bukan sejuta. Sebaliknya tidak terkira. Langit yang dahulunya gelap kini penuh cahaya.

Apa yang lebih mengejutkan aku. Walaupun penuh batu bercahaya yang tidak terhitung, masih juga memuatkan bulan dan planet. 

Tersusun selari; bulan, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan tidak lupa juga Neptune.

Semua itu bersinar-sinar. Ibarat semua itu sememangnya mudah dilihat di dunia nyata.

Segalanya tersusun namun tidak selari bagai semua itu diarahkan duduk di situ. Namun, itu masih muat dalam canvas langit. 

Akan tetapi semua itu hanya mimpi. Mimpi yang berlayar di mata saat aku tidur. Hanya menghiburkan jiwaku saat jasad terpaku.

Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...