Khamis, 1 Jun 2023

Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian.

Blog ini sememangnya telah lama namun aku mengisikannya dengan tugasan universitiku dahulu. Akan tetapi aku kembali dengan cerita baharu.

Baru-baru ini aku mencuba hobi baharu!

Aku tanam pokok cili! Hahahahahaha

Mimpi indah

Aku bukakan mataku; kabur tapi memaksa untuk jelaskan penglihatanku.

Gelap. Sangat gelap.

“Angkatkan kepalamu manusia” kata suara tidak bertubuh. 

Masih juga aku patuh akan arahan itu. Aku terkesima; tubuhku membatu. Hanya nafas membisingkan suasana. 

“Perasaan apa ini? Kagum? Terharu? Terkejut? Tiada satu kata dalam muka bumi ini mampu menggambarkan perasaan ini.” Aku bersuara

Langit yang gelap namun penuh cahaya. Ibarat sejuta cahaya berlawan antara mereka untuk membuktikan mereka paling bersinar.

“Lihatlah aku manusia.”
“Sini pula”

Sinaran itu bukan sejuta. Sebaliknya tidak terkira. Langit yang dahulunya gelap kini penuh cahaya.

Apa yang lebih mengejutkan aku. Walaupun penuh batu bercahaya yang tidak terhitung, masih juga memuatkan bulan dan planet. 

Tersusun selari; bulan, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan tidak lupa juga Neptune.

Semua itu bersinar-sinar. Ibarat semua itu sememangnya mudah dilihat di dunia nyata.

Segalanya tersusun namun tidak selari bagai semua itu diarahkan duduk di situ. Namun, itu masih muat dalam canvas langit. 

Akan tetapi semua itu hanya mimpi. Mimpi yang berlayar di mata saat aku tidur. Hanya menghiburkan jiwaku saat jasad terpaku.

Rabu, 30 Jun 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - SEPI (INSTAGRAM)

Anyeonghaseyoooo yeorobun,


Sampai tugasan terakhir untuk minggu 14 semester ini. Rasa macam sekejap je dah habis. Alang-alang Wawa post instagram bertemakan sepi. Agak-agak sepi tak lepas ini? Lepas kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa habis?









Kehadiran 


Rabu, 23 Jun 2021

BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - TEMU BUAL

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Selangor: Penerbit UPM.


Anyeonghaseyoooo yeorobun,

Wawa ada buat satu temu bual yang bertemakan cabaran pandemik. Nak hasilkan video ini sangat susah sebab Wawa temu bual BFF Wawa sendiri. Tahu je la kalau seorang ketawa semua ketawa. Satu jam pun tak settle lagi. Korang tengoklah video Wawa.



BBM3410 - 2021 - MINGGU 14 - RESENSI BUKU

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


Anyeonghaseyoooo yeorobun,

Dah sampai minggu akhir untuk semester kali ini, sekejap je dah habis. Wawa macam tak sangka pula.

Alang-alang nak habis ni Wawa ada buat satu resensi buku. Buku itu baru habis baca and banyak info yang best tau. Korang tengoklah video Wawa.



BBM3410 - 2021 - MINGGU 13 - SUASANA (INSTAGRAM)

Hai semua,
Dah setahun lebih sejak ODL mula. Awal-awal perghhh suka betul dapat balik. Lama-lama, satu badan sakit nak kejar due. Bukan sebab assignment tapi 24 jam duduk, sebelum ni ada la juga berjalan ke sana ke sini. Balik kelas ajak kakja atin pergi sana sini. Diorang pun melayan je, sekarang video call je la mampu.

Tugasan kali ini bertemakan suasana. Suasana apa? Nak tahu kena baca caption dalam gambar itu. 









BBM3410 - 2021 - MINGGU 13 - MISTERI KOPI

Hi guysssss,

Semalam Wawa tengok live tau. Pengacara dengan Dr. Siti Nur Aalia cerita tentang kopi tau... Wawa terus berangan, bestnya kalau dapat minum kopi dekat salah satu cafe dekat Korea. Al maklumlah, sejenis manusia suka melayan kdrama, Hais impian pertama lepas minat kdrama.






Masih Aku

Telah lama membisukan mata pena halusinasi ini, kini aku kembali mencoretkan memento hidup dalam diari atas talian. Blog ini sememangnya tel...